Bolasepak

Piala Malaysia 2010: Kelantan mara ke suku akhir

KELANTAN sekali lagi menunjukkan aksi yang mantap untuk membenam KL Plus 4-0. Kelantan terus mengatur serangan sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan. Terpaan dan percubaan bertali arus ke arah kubu KL Plus akhirnya berjaya merobohkan benteng pertahanan lawan melalui Badri radzi.

Piala Malaysia 2010: Kelantan mengamuk di Kota Bharu


 KOTA BHARU - Pasukan Kelantan menyedari tiada jalan lain untuk ke suku akhir kecuali dengan memenangi kesemua baki perlawanan. Menyedari hal itu, pemain Kelantan memperagakan aksi kemas dan bertenaga dari sepak mula permainan lagi.

 Keputusan Piala Malaysia 3/10/2010

DI  STADIUM Tuanku Abdul Rahman Paroi - Kelantan dengan gigih berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2. Walaupun Kelantan lebih menguasai perlawanan, Negeri Sembilan lebih mendapat gol iaitu pada minit ke 25 melalui rembatan kencang S Kunalan. Tetapi selepas itu Negeri Sembilan terpaksa beraksi 10 orang apabila Abd Rahman Zabor dilayangkan kad merah pada minit ke 40.


Malaysia tempat tercorot Piala Eximbank di Vietnam

HO CHI MINH CITY - Malaysia yang diwakili pasukan B23 dipaksa menghuni tangga tercorot dalam Piala Eximbank Millenium Thang Long selepas sekadar seri dalam perlawanan terakhir menentang Singapura. Johannya pula ialah Vietnam yang berjaya menumbangkan Iran 2-1.Bagaimanapun jurulatih K Rajagopal tetap berpuashati dengan persembahan anak buahnya dan berpendapat pasukannya itu sepatutnya menang kalau mereka berjaya menyambar peluang yang ada. 

Dasar FAM berkaitan pemain import yang berubah-ubah

SHAH ALAM, 30 Sept  -- Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Khamis mengesyorkan supaya larangan pengambilan pemain import ditamatkan pada 2011. Ini bermakna awang import akan dibenarkan beraksi selepas itu iaitu pada 2012. Beberapa syarat pengambilan pemian import juga turut dicadangkan. Antaranya pasukan sudah menyelesaikan masalah kewangan mereka sebelum ini seperti tunggakan gaji dan pemain itu mestilah daripada negara yang rankingnya lebih baik berbanding negara ini.